Wednesday, September 22, 2010

LAPORAN AKTIVITI BIRO SEPANJANG BULAN JULAI -SEPTEMBER 2010


LAPORAN AKTIVITI BIRO SEPANJANG BULAN JULAI -SEPTEMBER 2010
1.       Ceramah umum dan ramah mesra
Tarikh    : 3 Julai 2010
Tempat : Kg Paya Mengkuang, cabang Temerloh.
                Masa     :  Jam 4-6 pm.                                           
Kehadiran :
1.       Siti Aishah Sheik Ismail, Farah Afzan dan Ajk Serikandi Pusat.
2.       Ginie Lim- Ketua Amk Melaka, Exco Amk Pusat.
3.       Batin Perat Dollah- batin dari Banting, Selangor.
4.       Ahmad Nizam Hamid- Ketua Cabang Temerloh.
5.       Haji Suhaimi Said- Pengerusi biro, Ketua cabang Kuala Krau.

2.       Ramah mesra dan pemberian pakaian terpakai 
Tarikh : 4 Julai 2010
Tempat : Kg Terbol, cabang Kuala Krau.
Masa : Jam 3-4 pm.
Kehadiran:
1.       Siti Aishah Sheik Ismail dan Ajk Serikandi Pusat.
2.       Haji Suhaimi Said dan AJK biro.
               
3.    Ceramah umum dan ramah mesra
Tarikh : 4 Julai 2010
Tempat : Kg Pian, Cabang Kuala Krau.
Masa : Jam 4-6 Petang
Kehadiran :
1.       Siti Aishah Sheik Ismail dan Ajk Serikandi Pusat.
2.       Tajudin Ramli- Pengerusi Biro OA cabang Temerloh.
3.       Haji Suhaimi Said dan Ajk Biro OA Pahang.
4.       Batin Perat Dollah- dari Banting, Selangor.

4.            Himpunan Orang Asal Zon Tengah Negeri Pahang
Tarikh: 7 Ogos 2010.
Tempat : Sekolah Al- Mukmin, cabang Temerloh.
Masa : Jam 8.00 am-6.00 pm.
Kehadiran:
1.       Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail- Presiden PKR untuk perasmian pembukaan.
2.       Dato Fauzi Abdul Rahman- Pengerusi Perhubungan PKR Pahang untuk perasmian pentup.
3.       YB Syed Hamid- Wakil PAS.
4.       YB Leong Ngah Ngah- Wakil DAP.
5.       Ustaz Rahim Latif- Wakil PAS.
6.       Haji Suhaimi Said- Pengerusi Biro.
7.       Kehadiran peserta melebihi 300 orang.
Pembentang kertas kerja:
1.       Bob Manolan- Timbalan Pengerusi  1.
2.       Yusri Ahon- Timbalan Pengerusi 2.
3.       Tijah Yok Chopil- JOAS

5. Pendaftaran pengundi baru sebagai pemilih Pilihanraya.
Tarikh: 27 Ogos-7 september 2010.
Tempat:
1.       Kg Penderas
2.    Kg Paya Mendoi
3.    Kg Seboi
4.    Kg Paya Rekoh
5.    Kg Berdut
6.    Kg Pasu
7.    Kg Lubok Wong
8      Kg Pian
9      Kg Terbol
Kehadiran:
1.       Haji Suhaimi Said-Pengerusi Biro.
2.       Ramli Lugan- Ketua Penerangan Biro.
Nota: dilakukan setiap hari begilir mengikut kampong dalam bulan puasa.

6. Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kuala Krau.
Tarikh: 19 September 2010
Tempat: Kg Penderas (sebuah kg OA di Kuala Krau)
Masa: Jam 11.00 am-4.00 pm.
Kehadiran: setiap anggota cabang Kuala Krau.
Nota: satu Reformasi baru kerana MATC diadakan buat julung kalinya di perkampunagn Orang Asal.

Kesimpulannya masih banyak program yang dianjurkan oleh Biro ini tidak dapat dilaksanakan kerana masalah-masalah tertentu. Misalnya Program pada 9 Ogos 2010 di Kampung Paya Sendayan, cabang Temerloh dan Program pada 14 dan 15 Ogos 2010 di Perkampungan OA Lembah Klau, cabang Raub. Mohon kerjasama setiap ketua cabang untuk memberikan persetujuan tarikh yang sesuai setiap program yang akan dilaksanakan di setiap Perkampungan OA selepas ini dan bermula pada bulan Oktober.

Disediakan oleh,
Setiausaha Kerja,
Biro Orang Asal Keadilan Pahang.




Monday, September 13, 2010

Juara kehancuran rakyat


Umno sering mengatakan mereka adalah juara rakyat tetapi persoalannya juara dari segi apa? Saya melihat Umno ini juara kehancuran masyarakat, daripada masyarakat yang bersatu padu kepada masyarakat yang berpecah-belah dan masyarakat yang lebih mementingkan nilai materealistik berbanding semangat kekitaan. Budaya yang diamalkan oleh Umno ini telah menyerap pekat dalam masyarakat Orang Asal di Semenanjung Malaysia.

Masyarakat Orang Asal jika dahulu merupakan sebuah masyarakat yang mempunyai semangat kekitaan yang utuh namun bila Umno memerintah semenjak 50 tahun yang lepas keadaan telah menjadi huru hara. Sikap Umno yang licik hanya memegang dan mengawal ketua masyarakat atau batin telah menyebabkan masyarakat Orang Asal lebih terabai. Apabila keadaan ini berlaku ada segelintir batin yang naik kepala dan mahu mengaut keuntungan peribadi berasakan hubungan kronisme tersebut tanpa mengambil berat kebajikan masyarakatnya sendiri.

Baru-baru ini seorang Ahli Parlimen merangkap Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah iaitu Datuk Hasan Malek telah datang ke kampung saya sempena Program Juara Rakyat yang telah dianjurkan oleh Parlimen kuala krau. Dalam ucapannya, beliau menyatakan Orang Asal yang terlibat dengan parti pembangkang ialah orang jahat dan perlu dihantuk ke dinding kepala mereka. Saya cabar datuk ini, hantuk kepala saya dahulu sebelum orang lain. Saya tunggu saat itu…??
Siapakah orang yang jahat lagi zalim? Siapakah yang telibat dengan kematian Altuntuya, Teoh Beng Hok, Kugan dan adik Amirulrashid. Siapa?? Bukankah Umno ini yang ada hubungan kaitnya?. Jangan sangka Orang Asal sekarang bodoh. Mereka tahu menilai yang mana baik dan buruk lebih-lebih lagi ada pemimpin yang memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Pemimpin adalah pengadu masalah dan tempat bergantung. Layakkah MP Kuala Pilah menghasut rakyat dengan berkata macam itu? Seorang ahli parlimen berlahak samseng.

Juara rakyat yang telah diadakan di Kampung Lubok Wong tersebut bertindih dengan hari kematian dua orang penduduk kampung itu. Mengikut adat suku kaum Jahut jika berlaku sebarang kematian tidak dibenarkan sebarang muzik dimainkan namun UMNO yang sememang Jahat langsung tidak menghormati adat Jahut malahan telah menganjurkan program hiburan karaoke dengan bunyi bising yang bingit. Umno menyatakan mereka parti Islam namun mementingkan nilai hepotisme dan hiburan yang melampau serta tidak menghormati adat kaum lain. Dasar ini tidak selaras dengan Ideologi 1 Malaysia yang selalu dilaungkan namun tidak ada jiwa langsung. 1 Malaysia = 1 ISRAEL.

Kesimpulannya, umno sekarang semakin terdesak untuk mengekalkan kekuasan mereka dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tetap berkuasa. Intipati ucapan Datuk Hasan Malik lebih fokus kepada pembangunan sedangkan perkara tersebut adalah kewajipan pihak pemerintah kepada rakyatnya yang memerlukan bantuan. Sedangkan pembangunan Orang Asal masih banyak yang kurang dan selalunya telah didiskriminasi dengan dasyat. Kampung saya juga tidak ada bekalan air jernih dan terdapat banyak rumah hampir roboh. Tidak malukah menteri samseng ini?.

Friday, August 27, 2010

Pendekatan Pembangunan Alam Sekitar 2



3.1 Teori Modenisasi
Setuju atau tidak teori pergantungan adalah tidak sesuai untuk menggambarkan pembangunan ekonomi      Negara Sedang Membangun (NIC). NIC sebenarnya masih lagi perlu bergantung pembangunan ekonomi dengan negara lain terutamanya negara barat. Pendapat ini bukan menyetujui pendekatan teori modenisasi tetapi setiap negara perlu mengawal sumber ekonomi dan mengawal pembangunan pembangunan ekonomi mereka (Government control in econimic).
Teori ini dikemukan oleh McLelland, seorang ahli psikologi yang mengemukan Teori Modenisasi berdasarkan idea yang diasaskan oleh Max Webber. Berdasarkan Teori Interaksi yang dikemukan oleh Webber tentang hubungan dan perkaitan nilai agama Protestant dengan idea kapitalisme. McLelland berpendapat bahawa individu atau masyarakat mestilah memerlukan kemampuan yang tinggi untuk mencapai objektif tertentu (need for achievement). Dalam konteks NIC pula, setiap negara memerlukan tingkat kemampuan yang tinggi untuk mencapai matlamat negara maju yang setanding dengan negara blok Barat. Begitu juga Malaysia perlu ada kemampuan yang mapan untuk mencapai matlamat wawasan 2020 negara maju. Idea ini dicetuskan oleh Tun Mahathir Mohamad yang ingin melihat Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai impian ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Dasar yang pertama yang dikemukan oleh kerajaan Malaysia ialah Dasar Perindustrian Negara. Tun Mahathir dan Tun Abdul Razak cuba mengaplikasikan teori McLelled dalam kontek perindustian yang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, Tun Mahathir juga membuat kombinasi dengan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini langkah berani yang dikemukan oleh beliau kerana selama itu Malaysia dibawah payungan ekonomi Barat. Langkah cuba meleraikan pergantungan ekonomi pada negara Barat. Pemikiran Tun Mahathir adalah untuk mencapai negara peridustrian berdasarkan kemampuan sendiri berdasarkan acuan Malaysia sendiri.
Kemampuan sendiri yang dimaksudkan itu adalah mempunyai bahan mentah yang cukup dan juga kepakaran tempatan yang ramai. Cuma kelemahan Malaysia adalah kekurangan modal dan teknologi yang tinggi. Oleh sebab itu, Malaysia memerlukan Dasar Pandang ke Timur. Antara kronologi dasar ini ialah kerjasama perdagangan dan perindustrian dengan negara Jepun dan Korea selatan. Misalnya kerjasama dengan Jepun telah melahirkan “Projek Proton” (Perusahaan Otomobil Nasional) pada 7 Mei 1983. Projek ini adalah satu usahasama antara syarikat Jepun (Mitsubishi Motors Coporation) dengan syarikat Malaysia iaitu Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) dalam mengeluarkan kereta nasional pertama Malaysia. Kereta nasional pertama negara ini juga dikenali sebagai Proton Saga. Pengeluaran kereta proton Saga ini bermulanya satu era perindustrian di Malaysia. Walaupun idea bernas Tun Mahathir pada mulanya mendapat kritikan daripada rakyat pelbagai peringkat namun ia dapat mengubah pandangan tersebut apabila pengeluaran pertama Proton mendapat sambutan daripada rakyat. Pada 1 September 1985, Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON) melancarkan pemasaran pertama Proton. Permintaan terhadap Proton mendapat sambutan iaitu sebanyak 10 000 pada tahun 1986.
     Bukan sahaja aspek meningkatkan kemampuan bahan mentah tetapi juga tertumpu kepada perubahan faktor budaya yang merangkumi nilai, sikap dan etika yang perlu ada pada masyarakat dan kerajaan untuk membangun sesebuah negara. Dalam hal ini Malaysia boleh mempelajari kaedah perindustrian negara Jepun tanpa bergantung kepada kaedah Barat yang lebih berbentuk kapitalisme. Malaysia perlu menggunan kaedah perindustrian yang berbentuk post-fordisme yang mempunyai pengaruh Japanisation dan Toyotaism dalam konteks pembangunan ekonomi Malaysia. Kaedah ini lebih kepada pengurusan Just In Time (JIT) mengutamakan hubungan rapat antara pekerja dan majikan. 
* telah diubahsuaikan daripada kertas kerja saya Pembangunan Alam sekitar, Ums, 2009.

Sunday, August 22, 2010

Perbaiki jalan kampung kami- Bakar bin Cham


Kuala Krau 23 Ogos 2010, masyarakat Jahut perkampungan Seboi disini meminta pihak kerajaan supaya jalan yang menghubung kampung tersebut  dari pekan Kuala Krau yang rosak teruk akibat projek pembalakan getah dan lori yang mengangkut kelapa sawit diperbaiki dengan segera. Menurut wakil penduduk kampong tersebut iaitu saudara Bakar Bin Cham keadaan jalan kampong mereka banyak lekuk, berlubang dan kadang-kadang banyak selut yang menutupi permukaan jalan kampung tersebut.
Menurut beliau lagi apabila tiba musim hujan keadaan lebih jalan kampung itu agak teruk. Keadaan tersebut agak menyukarkan penduduk kampung tersebut untuk memasarkan hasil pertanian mereka dan berhubung ke Kuala Krau untuk mendapatkan barang-barang keperluan mereka. Keadaan jalan yang teruk ini berterusan semenjak bulan Januari yang lalu. Masalah tersebut talah diadukan kepada wakil rakyat dan ahli parlimen Kuala Krau namun tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak terbabit.
Ada juga kontraktor yang ditugas untuk membaiki  jalan tersebut  namun bersikap sambil lewa hanya menurapkan jalan dengan menggunakan simen bukannya batu bertar. Penduduk kampung bertambah risau apabila simen yang diturap mula pecah dan jalan kampong bertambah tidak stabil serta tidak selamat untuk lori yang mengangkut murid-murid ke sekolah. Seorang lagi penduduk, saudara Samah Bin Atil menyatakan keadaan lori yang mengangkut murid-murid sekolah juga tidak selamat dan murid-murid berasak-asak didalamnya tanpa tempat duduk khas seperti bas sekolah biasa.
Bakar dan Samah bersetuju salah satu kenapa keciciran pelajar orang Asal tinggi kerana sistem pengangkutan dan ditambah dengan kenderaan yang mengangkut pelajat tidak memuaskan. Setiap kali hampirnya Pilihanraya pelbagai janji telah dibuat antaranya untuk menaikan taraf jalan kampung namun semuanya janji tinggal janji kerana masalah jalan masih belum selesai hingga kini. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan penduduk kampung semakin agak menyampah dan kurang percaya lagi terhadap kerajaan negeri Pahang. Mereka bertekad untuk menyokong PR untuk mencari perubahan dan mengecapi kemajuan yang adil kepada masyarakat Orang Asal di Malaysia.