1.0 Pengenalan
Isu utama yang membelengu setiap negara adalah isu yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi negara itu. Persoalan dalam pembangunan ekonomi negara yang pernah dijajah masih tidak stabil dan masih wujudnya pergantungan kepada negara Barat. Negara Barat masih lagi bekuasa dan menjajahi aspek ekonomi negara bekas jajahan itu. Misalnya negara Komanwel masih bergantung pembangunan ekonominya kepada negara British. Di awal kemerdekaan Malaysia, Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman yang ideologi pro- barat merangka dasar pembangunan ekonominya kepada berasaskan negara British. (laiszez faire)
Hal ini diperkuatkan lagi dengan teori pergantungan yang dikemukan oleh Andre Gundre Frank. Teori ini dibuat untuk mengkritik dasar pembangunan ekonomi kapitalis. Kritikan ini dilakukan oleh Andre Gunde Frank (1967) dalam bukunya Development of Underdevelopment. Teori pergantungan ini juga telah ditulis semula oleh Katie Willis dalam bukunya Theories and Practises of Development. Buku ini membincangkan beberapa teori yang diamalkan oleh setiap negara di dunia.
Setuju atau tidak dengan teori yang dikemukan oleh Andre Gundre Frank bukan perkara penting. Lebih penting adalah bagaimana Negara Sedang Membangun (NIC) mencari jalan untuk meningkat pembangunan ekonomi mereka. Jika dilihat pada pendekatan teori pergantungan, maka Negara Sedang Membangun (NIC) tidak boleh menjadi negara maju. Tetapi jika dilihat pada negara konteks Korea Selatan dan Jepun, kedua – dua negara tersebut hampir mencapai taraf negara maju. Persoalannya kenapa Korea Selatan dan Jepun boleh membangunkan ekonomi mereka dengan pesat.
Andre Gundre Frank (1967) adalah pengasas teori pergantungan ini. Teori ini dibuat sebagai satu kritikan terhadap teori pembangunan ekonomi kapitalis. Beliau telah menulis buku yang diberi judul Development of Underdevelopment pada tahun 1969.
Dalam buku Development of Underdevelopment, Frank mengkritik Teori Modensasi dan teori ekonomi klasik Marxist. Beliau menyatakan permodenan telah melupakan sejarah perindustrian. Katanya lagi perindustrian yang menggunakan model Barat adalah tidak sesuai digunakan pada semua negara. Perindustrian model Barat hanya boleh digunakan pada spesifik masa dan tempat yang sesuai. Negara NIC juga tidak sesuai menggunakan teori ekonomi permodenan ini.
Misalnya, sejarah penjajahan (colonization) di Amerika Latin pada 300 tahun lalu. Dimana penjajahan dilakukan untuk mengeksploitasikan negara miskin kerana keperluan sumber bahan mentah untuk pembangunan negara penjajah. Frank mengatakan penjajahan terhadap Brazil dan Chile untuk kepentingan ekonomi negara penjajah. Negara penjajah bukan bermatlamat untuk membangun negara terbabit tetapi lebih kepada pertukaran perdagangan (production for market exchange). Kepentingan penjajahan adalah untuk keuntungan syarikat besar yang mengeksplotasikan sumber bahan mentah. Tambahan pula tenaga buruh negara terbabit murah. Negara yang dijajah seperti Chile dan Brazil tidak dapat membangun dengan pesat kerana politikal elit negara itu hanya lebih mementingkan keuntungan sendiri dengan mengeksploitasikan pekerja atau rakyat kelas bawahan. Kelas atasan atau golongan elit sahaja yang manfaat dan keuntungan.
Berdasarkan teori ini NIC tidak dapat meningkatkan ekonomi mereka dengan pesat. Hal ini terjadi kerana wujud hubungan antara metropolis yang mengeksploitasikan modal ke kawasan NIC. NIC tidak dapat bergerak memajukan perindustrian tanpa kapitalis barat.
*diolah oleh kertas kerja saya Pembangunan Alam Sekitar, UMS, 2009.
No comments:
Post a Comment