Wednesday, September 22, 2010

LAPORAN AKTIVITI BIRO SEPANJANG BULAN JULAI -SEPTEMBER 2010


LAPORAN AKTIVITI BIRO SEPANJANG BULAN JULAI -SEPTEMBER 2010
1.       Ceramah umum dan ramah mesra
Tarikh    : 3 Julai 2010
Tempat : Kg Paya Mengkuang, cabang Temerloh.
                Masa     :  Jam 4-6 pm.                                           
Kehadiran :
1.       Siti Aishah Sheik Ismail, Farah Afzan dan Ajk Serikandi Pusat.
2.       Ginie Lim- Ketua Amk Melaka, Exco Amk Pusat.
3.       Batin Perat Dollah- batin dari Banting, Selangor.
4.       Ahmad Nizam Hamid- Ketua Cabang Temerloh.
5.       Haji Suhaimi Said- Pengerusi biro, Ketua cabang Kuala Krau.

2.       Ramah mesra dan pemberian pakaian terpakai 
Tarikh : 4 Julai 2010
Tempat : Kg Terbol, cabang Kuala Krau.
Masa : Jam 3-4 pm.
Kehadiran:
1.       Siti Aishah Sheik Ismail dan Ajk Serikandi Pusat.
2.       Haji Suhaimi Said dan AJK biro.
               
3.    Ceramah umum dan ramah mesra
Tarikh : 4 Julai 2010
Tempat : Kg Pian, Cabang Kuala Krau.
Masa : Jam 4-6 Petang
Kehadiran :
1.       Siti Aishah Sheik Ismail dan Ajk Serikandi Pusat.
2.       Tajudin Ramli- Pengerusi Biro OA cabang Temerloh.
3.       Haji Suhaimi Said dan Ajk Biro OA Pahang.
4.       Batin Perat Dollah- dari Banting, Selangor.

4.            Himpunan Orang Asal Zon Tengah Negeri Pahang
Tarikh: 7 Ogos 2010.
Tempat : Sekolah Al- Mukmin, cabang Temerloh.
Masa : Jam 8.00 am-6.00 pm.
Kehadiran:
1.       Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail- Presiden PKR untuk perasmian pembukaan.
2.       Dato Fauzi Abdul Rahman- Pengerusi Perhubungan PKR Pahang untuk perasmian pentup.
3.       YB Syed Hamid- Wakil PAS.
4.       YB Leong Ngah Ngah- Wakil DAP.
5.       Ustaz Rahim Latif- Wakil PAS.
6.       Haji Suhaimi Said- Pengerusi Biro.
7.       Kehadiran peserta melebihi 300 orang.
Pembentang kertas kerja:
1.       Bob Manolan- Timbalan Pengerusi  1.
2.       Yusri Ahon- Timbalan Pengerusi 2.
3.       Tijah Yok Chopil- JOAS

5. Pendaftaran pengundi baru sebagai pemilih Pilihanraya.
Tarikh: 27 Ogos-7 september 2010.
Tempat:
1.       Kg Penderas
2.    Kg Paya Mendoi
3.    Kg Seboi
4.    Kg Paya Rekoh
5.    Kg Berdut
6.    Kg Pasu
7.    Kg Lubok Wong
8      Kg Pian
9      Kg Terbol
Kehadiran:
1.       Haji Suhaimi Said-Pengerusi Biro.
2.       Ramli Lugan- Ketua Penerangan Biro.
Nota: dilakukan setiap hari begilir mengikut kampong dalam bulan puasa.

6. Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kuala Krau.
Tarikh: 19 September 2010
Tempat: Kg Penderas (sebuah kg OA di Kuala Krau)
Masa: Jam 11.00 am-4.00 pm.
Kehadiran: setiap anggota cabang Kuala Krau.
Nota: satu Reformasi baru kerana MATC diadakan buat julung kalinya di perkampunagn Orang Asal.

Kesimpulannya masih banyak program yang dianjurkan oleh Biro ini tidak dapat dilaksanakan kerana masalah-masalah tertentu. Misalnya Program pada 9 Ogos 2010 di Kampung Paya Sendayan, cabang Temerloh dan Program pada 14 dan 15 Ogos 2010 di Perkampungan OA Lembah Klau, cabang Raub. Mohon kerjasama setiap ketua cabang untuk memberikan persetujuan tarikh yang sesuai setiap program yang akan dilaksanakan di setiap Perkampungan OA selepas ini dan bermula pada bulan Oktober.

Disediakan oleh,
Setiausaha Kerja,
Biro Orang Asal Keadilan Pahang.




Monday, September 13, 2010

Juara kehancuran rakyat


Umno sering mengatakan mereka adalah juara rakyat tetapi persoalannya juara dari segi apa? Saya melihat Umno ini juara kehancuran masyarakat, daripada masyarakat yang bersatu padu kepada masyarakat yang berpecah-belah dan masyarakat yang lebih mementingkan nilai materealistik berbanding semangat kekitaan. Budaya yang diamalkan oleh Umno ini telah menyerap pekat dalam masyarakat Orang Asal di Semenanjung Malaysia.

Masyarakat Orang Asal jika dahulu merupakan sebuah masyarakat yang mempunyai semangat kekitaan yang utuh namun bila Umno memerintah semenjak 50 tahun yang lepas keadaan telah menjadi huru hara. Sikap Umno yang licik hanya memegang dan mengawal ketua masyarakat atau batin telah menyebabkan masyarakat Orang Asal lebih terabai. Apabila keadaan ini berlaku ada segelintir batin yang naik kepala dan mahu mengaut keuntungan peribadi berasakan hubungan kronisme tersebut tanpa mengambil berat kebajikan masyarakatnya sendiri.

Baru-baru ini seorang Ahli Parlimen merangkap Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah iaitu Datuk Hasan Malek telah datang ke kampung saya sempena Program Juara Rakyat yang telah dianjurkan oleh Parlimen kuala krau. Dalam ucapannya, beliau menyatakan Orang Asal yang terlibat dengan parti pembangkang ialah orang jahat dan perlu dihantuk ke dinding kepala mereka. Saya cabar datuk ini, hantuk kepala saya dahulu sebelum orang lain. Saya tunggu saat itu…??
Siapakah orang yang jahat lagi zalim? Siapakah yang telibat dengan kematian Altuntuya, Teoh Beng Hok, Kugan dan adik Amirulrashid. Siapa?? Bukankah Umno ini yang ada hubungan kaitnya?. Jangan sangka Orang Asal sekarang bodoh. Mereka tahu menilai yang mana baik dan buruk lebih-lebih lagi ada pemimpin yang memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Pemimpin adalah pengadu masalah dan tempat bergantung. Layakkah MP Kuala Pilah menghasut rakyat dengan berkata macam itu? Seorang ahli parlimen berlahak samseng.

Juara rakyat yang telah diadakan di Kampung Lubok Wong tersebut bertindih dengan hari kematian dua orang penduduk kampung itu. Mengikut adat suku kaum Jahut jika berlaku sebarang kematian tidak dibenarkan sebarang muzik dimainkan namun UMNO yang sememang Jahat langsung tidak menghormati adat Jahut malahan telah menganjurkan program hiburan karaoke dengan bunyi bising yang bingit. Umno menyatakan mereka parti Islam namun mementingkan nilai hepotisme dan hiburan yang melampau serta tidak menghormati adat kaum lain. Dasar ini tidak selaras dengan Ideologi 1 Malaysia yang selalu dilaungkan namun tidak ada jiwa langsung. 1 Malaysia = 1 ISRAEL.

Kesimpulannya, umno sekarang semakin terdesak untuk mengekalkan kekuasan mereka dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tetap berkuasa. Intipati ucapan Datuk Hasan Malik lebih fokus kepada pembangunan sedangkan perkara tersebut adalah kewajipan pihak pemerintah kepada rakyatnya yang memerlukan bantuan. Sedangkan pembangunan Orang Asal masih banyak yang kurang dan selalunya telah didiskriminasi dengan dasyat. Kampung saya juga tidak ada bekalan air jernih dan terdapat banyak rumah hampir roboh. Tidak malukah menteri samseng ini?.

Friday, August 27, 2010

Pendekatan Pembangunan Alam Sekitar 2



3.1 Teori Modenisasi
Setuju atau tidak teori pergantungan adalah tidak sesuai untuk menggambarkan pembangunan ekonomi      Negara Sedang Membangun (NIC). NIC sebenarnya masih lagi perlu bergantung pembangunan ekonomi dengan negara lain terutamanya negara barat. Pendapat ini bukan menyetujui pendekatan teori modenisasi tetapi setiap negara perlu mengawal sumber ekonomi dan mengawal pembangunan pembangunan ekonomi mereka (Government control in econimic).
Teori ini dikemukan oleh McLelland, seorang ahli psikologi yang mengemukan Teori Modenisasi berdasarkan idea yang diasaskan oleh Max Webber. Berdasarkan Teori Interaksi yang dikemukan oleh Webber tentang hubungan dan perkaitan nilai agama Protestant dengan idea kapitalisme. McLelland berpendapat bahawa individu atau masyarakat mestilah memerlukan kemampuan yang tinggi untuk mencapai objektif tertentu (need for achievement). Dalam konteks NIC pula, setiap negara memerlukan tingkat kemampuan yang tinggi untuk mencapai matlamat negara maju yang setanding dengan negara blok Barat. Begitu juga Malaysia perlu ada kemampuan yang mapan untuk mencapai matlamat wawasan 2020 negara maju. Idea ini dicetuskan oleh Tun Mahathir Mohamad yang ingin melihat Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai impian ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Dasar yang pertama yang dikemukan oleh kerajaan Malaysia ialah Dasar Perindustrian Negara. Tun Mahathir dan Tun Abdul Razak cuba mengaplikasikan teori McLelled dalam kontek perindustian yang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, Tun Mahathir juga membuat kombinasi dengan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini langkah berani yang dikemukan oleh beliau kerana selama itu Malaysia dibawah payungan ekonomi Barat. Langkah cuba meleraikan pergantungan ekonomi pada negara Barat. Pemikiran Tun Mahathir adalah untuk mencapai negara peridustrian berdasarkan kemampuan sendiri berdasarkan acuan Malaysia sendiri.
Kemampuan sendiri yang dimaksudkan itu adalah mempunyai bahan mentah yang cukup dan juga kepakaran tempatan yang ramai. Cuma kelemahan Malaysia adalah kekurangan modal dan teknologi yang tinggi. Oleh sebab itu, Malaysia memerlukan Dasar Pandang ke Timur. Antara kronologi dasar ini ialah kerjasama perdagangan dan perindustrian dengan negara Jepun dan Korea selatan. Misalnya kerjasama dengan Jepun telah melahirkan “Projek Proton” (Perusahaan Otomobil Nasional) pada 7 Mei 1983. Projek ini adalah satu usahasama antara syarikat Jepun (Mitsubishi Motors Coporation) dengan syarikat Malaysia iaitu Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) dalam mengeluarkan kereta nasional pertama Malaysia. Kereta nasional pertama negara ini juga dikenali sebagai Proton Saga. Pengeluaran kereta proton Saga ini bermulanya satu era perindustrian di Malaysia. Walaupun idea bernas Tun Mahathir pada mulanya mendapat kritikan daripada rakyat pelbagai peringkat namun ia dapat mengubah pandangan tersebut apabila pengeluaran pertama Proton mendapat sambutan daripada rakyat. Pada 1 September 1985, Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON) melancarkan pemasaran pertama Proton. Permintaan terhadap Proton mendapat sambutan iaitu sebanyak 10 000 pada tahun 1986.
     Bukan sahaja aspek meningkatkan kemampuan bahan mentah tetapi juga tertumpu kepada perubahan faktor budaya yang merangkumi nilai, sikap dan etika yang perlu ada pada masyarakat dan kerajaan untuk membangun sesebuah negara. Dalam hal ini Malaysia boleh mempelajari kaedah perindustrian negara Jepun tanpa bergantung kepada kaedah Barat yang lebih berbentuk kapitalisme. Malaysia perlu menggunan kaedah perindustrian yang berbentuk post-fordisme yang mempunyai pengaruh Japanisation dan Toyotaism dalam konteks pembangunan ekonomi Malaysia. Kaedah ini lebih kepada pengurusan Just In Time (JIT) mengutamakan hubungan rapat antara pekerja dan majikan. 
* telah diubahsuaikan daripada kertas kerja saya Pembangunan Alam sekitar, Ums, 2009.

Sunday, August 22, 2010

Perbaiki jalan kampung kami- Bakar bin Cham


Kuala Krau 23 Ogos 2010, masyarakat Jahut perkampungan Seboi disini meminta pihak kerajaan supaya jalan yang menghubung kampung tersebut  dari pekan Kuala Krau yang rosak teruk akibat projek pembalakan getah dan lori yang mengangkut kelapa sawit diperbaiki dengan segera. Menurut wakil penduduk kampong tersebut iaitu saudara Bakar Bin Cham keadaan jalan kampong mereka banyak lekuk, berlubang dan kadang-kadang banyak selut yang menutupi permukaan jalan kampung tersebut.
Menurut beliau lagi apabila tiba musim hujan keadaan lebih jalan kampung itu agak teruk. Keadaan tersebut agak menyukarkan penduduk kampung tersebut untuk memasarkan hasil pertanian mereka dan berhubung ke Kuala Krau untuk mendapatkan barang-barang keperluan mereka. Keadaan jalan yang teruk ini berterusan semenjak bulan Januari yang lalu. Masalah tersebut talah diadukan kepada wakil rakyat dan ahli parlimen Kuala Krau namun tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak terbabit.
Ada juga kontraktor yang ditugas untuk membaiki  jalan tersebut  namun bersikap sambil lewa hanya menurapkan jalan dengan menggunakan simen bukannya batu bertar. Penduduk kampung bertambah risau apabila simen yang diturap mula pecah dan jalan kampong bertambah tidak stabil serta tidak selamat untuk lori yang mengangkut murid-murid ke sekolah. Seorang lagi penduduk, saudara Samah Bin Atil menyatakan keadaan lori yang mengangkut murid-murid sekolah juga tidak selamat dan murid-murid berasak-asak didalamnya tanpa tempat duduk khas seperti bas sekolah biasa.
Bakar dan Samah bersetuju salah satu kenapa keciciran pelajar orang Asal tinggi kerana sistem pengangkutan dan ditambah dengan kenderaan yang mengangkut pelajat tidak memuaskan. Setiap kali hampirnya Pilihanraya pelbagai janji telah dibuat antaranya untuk menaikan taraf jalan kampung namun semuanya janji tinggal janji kerana masalah jalan masih belum selesai hingga kini. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan penduduk kampung semakin agak menyampah dan kurang percaya lagi terhadap kerajaan negeri Pahang. Mereka bertekad untuk menyokong PR untuk mencari perubahan dan mengecapi kemajuan yang adil kepada masyarakat Orang Asal di Malaysia.

Pembangunan Alam Sekitar 1


1.0 Pengenalan
Isu utama yang membelengu setiap negara adalah isu yang berkaitan dengan     pembangunan ekonomi negara itu. Persoalan dalam pembangunan ekonomi negara yang pernah dijajah masih tidak stabil dan masih wujudnya pergantungan kepada negara Barat. Negara Barat masih lagi bekuasa dan menjajahi aspek ekonomi negara bekas jajahan itu. Misalnya negara Komanwel masih bergantung pembangunan ekonominya kepada negara British. Di awal kemerdekaan Malaysia, Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman yang ideologi pro- barat merangka dasar pembangunan ekonominya kepada berasaskan negara British. (laiszez faire)
Hal ini diperkuatkan lagi dengan teori pergantungan yang dikemukan oleh Andre Gundre Frank. Teori ini dibuat untuk mengkritik dasar pembangunan ekonomi kapitalis. Kritikan ini dilakukan oleh Andre Gunde Frank (1967) dalam bukunya Development of Underdevelopment. Teori pergantungan ini juga telah ditulis semula oleh Katie Willis dalam bukunya Theories and Practises of Development. Buku ini membincangkan beberapa teori yang diamalkan oleh setiap negara di dunia.
Setuju atau tidak dengan teori yang dikemukan oleh Andre Gundre Frank bukan perkara penting. Lebih penting adalah bagaimana Negara Sedang Membangun (NIC) mencari jalan untuk meningkat pembangunan ekonomi mereka. Jika dilihat pada pendekatan teori pergantungan, maka Negara Sedang Membangun (NIC) tidak boleh menjadi negara maju. Tetapi jika dilihat pada negara konteks Korea Selatan dan Jepun, kedua – dua negara tersebut hampir mencapai taraf negara maju. Persoalannya kenapa Korea Selatan dan Jepun boleh membangunkan ekonomi mereka dengan pesat.
 2.0 Teori Pergantungan
Andre Gundre Frank (1967) adalah pengasas teori pergantungan ini. Teori ini dibuat sebagai satu kritikan terhadap teori pembangunan ekonomi kapitalis. Beliau telah menulis buku yang diberi judul Development of Underdevelopment pada tahun 1969.
Dalam buku Development of Underdevelopment, Frank mengkritik Teori Modensasi dan teori ekonomi klasik Marxist. Beliau menyatakan permodenan telah melupakan sejarah perindustrian. Katanya lagi perindustrian yang menggunakan model Barat adalah tidak sesuai digunakan pada semua negara. Perindustrian model Barat hanya boleh digunakan pada spesifik masa dan tempat yang  sesuai. Negara NIC juga tidak sesuai menggunakan teori ekonomi permodenan ini.
Misalnya, sejarah penjajahan (colonization) di Amerika Latin pada 300 tahun lalu. Dimana penjajahan dilakukan untuk mengeksploitasikan negara miskin kerana keperluan sumber bahan mentah untuk pembangunan negara penjajah. Frank mengatakan penjajahan terhadap Brazil dan Chile untuk kepentingan ekonomi negara penjajah.  Negara penjajah bukan bermatlamat untuk membangun negara terbabit tetapi lebih kepada pertukaran perdagangan (production for market exchange). Kepentingan penjajahan adalah untuk keuntungan syarikat besar yang mengeksplotasikan sumber bahan mentah. Tambahan pula tenaga buruh negara terbabit murah. Negara yang dijajah seperti Chile dan Brazil tidak dapat membangun dengan pesat kerana politikal elit negara itu hanya lebih mementingkan keuntungan sendiri dengan mengeksploitasikan pekerja atau rakyat kelas bawahan. Kelas atasan atau golongan elit sahaja yang manfaat dan keuntungan.
Berdasarkan teori ini NIC tidak dapat meningkatkan ekonomi mereka dengan pesat. Hal ini terjadi kerana wujud hubungan antara metropolis yang mengeksploitasikan modal ke kawasan NIC. NIC tidak dapat bergerak memajukan perindustrian  tanpa kapitalis barat.
*diolah oleh kertas kerja saya Pembangunan Alam Sekitar, UMS, 2009.

Peranan parti-parti politik dan NGO ke arah kestabilan politik, keutuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat


Ucapan
- di Konvensyen Perpaduan Umat dan Rakyat Malaysia (PADU)
oleh  Ronnie Liu Tian Khiew



Parti-parti politik dan NGO di tanahair kita ini telah memainkan satu peranan yang penting dan positif untuk mengekalkan kestabilan politik sejak kemerdekaan negara Malaysia. Parti-parti politik khasnya parti pembangkang mengamalkan prinsip dan cara perjuangan melalui system pemilihan demokratik. Menang atau tidak, kita menghormati keputusan pengundi dan pilihan rakyat. Dan kita terus memainkan peranan sebagai parti pembangkang yang bertanggungjawab. Tidak pernah kita menghasut rakyat untuk membuat kacau-bilau sehingga mengancam kestabilan politik. Parti-parti pembangkang Malaysia tidak percaya kepada penggulingan kerajaan melalui keganasan.

Tetapi malangnya, parti-parti pemerintah di negara kita tidak mengamalkan system demokratik yang tulen. Mereka menggunakan wang politik, manipulasi sistem pengundian, penguasaan media dan taktik-taktik kotor yang lain untuk mengekalkan kuasa pemerintahan mereka.

Mereka tidak menggunakan kestabilan politik yang dicapai oleh parti-parti politik, khasnya parti pembangkang dan NGO untuk membangunkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat jelata. Sebaliknya, mereka menggunakan kedudukan mereka -untuk kepentingan mereka sendiri atau kelaurga dan kroni-kroni yang menyokong mereka.

Tidak hairanlah maka Malaysia di bawah pemerintahan BN telah menjadi sebuah negara yang dianggap sebagai penuh dengan korupsi dan ketidakseimbangan, kurang daya persaingan dan tidak demokratik. Indeks korupsi antarabangsa terbaru menunjukkan kedudukan Malaysia terus merosot, jatuh daripada No. 37 kepada No.39. Rekod hak asasi manusia juga terus merosot di mana tahanan-tahanan ISA terus dizalimi dalam Kem Tahanan Kemunting.

Kerajaan Barisan Nasional sepatutunya menghargai mandat yang diberikan oleh rakyat untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, yang mengamalkan nilai-nilai sejagat seperti keadilan, kebebasan, domokrasi, kesaksamaan dan setiakawan. Kita masih jauh sekali daripada konsep masyarakat madani yang menjadi impian dan idaman rakyat Malaysia.

Memang benar. Kita tidak boleh mencapai keutuhan ekonomi tanpa kestabilan politik.

Tetapi kita juga tidak boleh memcapai keutuhan ekonomi tanpa demokrasi yang tulen. Semua negara yang maju dan makmur di dunia ini mengamalkan demokrasi. Kecuali sebilangan negara yang memilik kekayaan gas dan petrol atau sumber alam sejadi yang lain. Selain daripada Malaysia, banyak negara yang kaya dengan sumber alam sejadi tidak boleh menjadi maju dan makmur kerana tanpa demokrasi yang tulen. Burma, Sudan, Indonesia, Filipina… semuanya kaya dengan sumber alam sejadi, jauh lebih daripada Singapura, Korea atau Jepun.

Tengoklah apa terjadi apabila manusia seperti Marcos, Soeharto dan Tan Shwe  menjadi pemimpin negara. Ekonomi negara-negara ini tidak pulih sehingga hari ini. Jelasnya sekali mereka tidak mengamalkan demokrasi. Kuasa mereka susah dicabar tanpa sistem politik demokratik yang tulen. Bukan mudah hendak menukar kerajaan kuku besi. Hanya kesedaran politik rakyat yang kukuh ataupun â€Å“people powerâ€� dapat mengubah langskap politik dan nasib rakyat.

Malaysia sepatutnya menjadi negara yang lebih maju dan makmur daripada jiran kita di rantau Asia Tenggara kerana bukan saja negara kita kaya dengan sumber alam sejadi, negara kita juga bertuah kerana tidak diancam oleh bencana alam, seperti gempar bumi, letupan gunung api dan taufan. Baru-baru Jepun dilanda taufan Tomage dan 58 nyawa terkorban dan banyak harta-benda binasa â€Å“overnightâ€�, dalam masa semalaman.

Saya berharap rakyat Malaysia tidak akan menunggu sehingga keadaan merosot ke satu tahap seperti negara jiran kita, Filipina dan Indonesia. Dan tentu sekali bukan seperti Burma. Di Burma, rakyat tidak boleh menukar kerajaan walaupun Aung San Suu Kyi dan partinya menang 85% undi dalam pilihanraya umum pada 1990. Beliau terus dikenakan tahanan dalam rumah sehingga hari ini. Rakan-rakannya masih merengkok di dalam penjara.

Peranan parti-parti politik

Apakah peranan yang harus dimainkan oleh parti-parti politik di negara kita? Parti-parti pemerintah tidak boleh harap. Kita tumpukan focus kita kepada parti-parti pembangkang dan NGO.

Parti-parti pembangkang sudah berusaha untuk menyatupadukan semua tenaga dan sumber manusia untuk bertanding menentang parti-parti pemerintah. Tetapi malangnya tidak beberapa berjaya. Parti DAP terpaksa keluar daripada Barisan Alternatif yang kita kasihi bukan kerana kita takut kalah. Kita terpaksa berpisah kerana isu â€Å“Islamic Stateâ€� tidak dapat diselesaikan.

Parti DAP boleh dan sudi berkerjasama dengan parti-parti politik yang mengamalkan prinsip Islam dan agama yang lain. Tetapi ahli-ahli dan penyokong DAP tidak dapat menerima konsep ‘Islamic State� dan mereka menganggap DAP sebagai pengkhianat jika pemimpin berpakat dengan parti politik yang berjuang untuk menubuhkan sebuah ‘Islamic State� di Malaysia.

Ini adalah kerana bukan sahaja mereka tidak memahami konsep â€Å“Islamic Stateâ€�, mereka rasa lebih selesa dan lega jika Malaysia terus menjadi sebuah negara majmuk yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Mereka boleh menerima satu pentadbiran kerajaan yang mengamalkan nilai agama sejagat. Mereka tidak dapat menerima satu pentadbiran kerajaan yang menempatkan taraf sesuatu agama lebih tinggi daripada agama yang lain. Kerana mereka percaya keadaan ini akan mencetus kesangsian di antara penganut-penganut agama yang lain dan hak-hak asasi mereka tidak dapat dilindungi dalam jangka masa panjang.

Justera itu, jika isu â€Å“Islamic Stateâ€� tidak dapat diselesaikan, parti DAP tidak dapat berikat dengan sebarang gabungan politik yang didominasikan dengan unsur-unsur politik â€Å“Islamic Stateâ€� pada masa depan.

Saya percaya bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia hanya perlu membetulkan kesilapan dan kelemahan parti-parti pemerintah untuk menyatupadukan semua rakyat. Tidak ada sebab mengapa kita perlu menaruh harapan pada satu konsep yang tidak begitu jelas untuk menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang agama dan kepercayaan.

Parti-parti pembangkang seharusnya menumpu perhatian pada isu persamaan seperti hak asasi manusia, demokrasi, ketelusan, kebebasan, keadilan dan kesaksamaan. Bukankah semua ini merupakan nilai-nilai sejagat, yang diamalkan oleh agama Islam dan agama-agama seperti Buddhisme, Christianity, Hinduisme, Sikhisme dan lain-lain?

Peranan NGO

Peranan NGO di Malaysia juga amat penting dalam penentuan bentuk demokrasi negara dan nasib rakyat jelata. NGO boleh memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh parti-parti politik kerana NGO merupakan satu kuasa non-partisan.

NGO boleh menggunakan sifat non-partisan ini untuk menyatupadukan parti-parti politik yang menganut kepercayaan politik yang berlainan. Kadang-kadang rakyat merasa lebih selesa dan lega untuk berjuang bersama NGO juga kerana sifat non-partisan ini.

Walau pun NGO bukan parti politik, tetapi mereka juga tidak boleh berpisah daripada prinsip yang saya sebut tadi. NGO juga perlu berjuang atas nilai-nilai sejagat seperti demokrasi, keadilan, kebebasan, kesaksamaan, setiakawan dan keamanan. Kesejahteraan rakyat juga merupakan matlamat muktamad mereka.

Program Agenda Malaysia

Parti-parti pembangkang memang tajam dan tepat dengan kutukan dan kritikan terhadap parti-parti pemerintah. Tetapi nampaknya kita kurang cekap untuk menggubah satu program yang menarik serta menyakinkan rakyat bahawa barisan pembangkang lebih cekap dan effektif daripada kerajaan BN untuk membawa perubahan social, politik dan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Parti-parti politik pembangkang dan NGO harus bersama-sama menggubah satu program alternative yang dapat menjamin kestabilan, pembangunan dan keutuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Marilah kita bersama-sama mewujudkan satu Agenda Malaysia, untuk menentang Agenda UMNO dan agenda-agenda lain yang berunsur perkauman dan fikiran sempit.

Perjuangan untuk perpaduan umat dan rakyat Malaysia

Perjuangan untuk menyatupadukan semua rakyat tentu akan disabotajkan oleh musuh politik kita. Tetapi tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Berani kerana benar. Dengan cita-cita murni dan sehati sejiwa, marilah kita bersama-sama berjuang untuk tanahair yang kita kasihi.

(24/10/2004)


* Ronnie Liu Tian Khiew, Setiausaha Antarabangsa merangkap Ketua Biro NGO

Top of Form
Bottom of Form

Tuesday, August 17, 2010

Lawatan Kesatuan Eropah ke Kampung Penderas

Kuala Krau, 15 ogos 2010. Sekumpulan NGO daripada kesatuan Eropah (EU) telah membuat lawatan ke Kampong Penderas pada beberapa hari yang lalu. Rombongan seramai 20 orang itu tediri dari beberapa Negara antaranya England, Denmark, Poland, Hunggary, Holand dan beberapa lagi. Bertempat di Balai Adat kampong itu, rombongan EU telah disambut oleh Batin Nun Bin Jak dab beberapa penduduk kampong. Selain wakil daripada Kuala Krau, terdapat juga beberapa wakil Orang Asal dari Maran, Temerloh, Rompin dan Pekan.

Bermula jam 9 pagi, sesi dialog telah diadakan antara wakil EU dan penduduk kampong. Setiap wakil penduduk dikehendali mencerita masalah kampong masing kepada wakil EU yang datang. Dialog itu telah dipengerusikan oleh saudara Hamid Tow dan perterjemahan oleh saudari Jenita Engi. Selain daripada itu, wakil majlis peguam juga turut hadir iaitu saudara Ho Kai Ping sebagai pemerhati. Antara wakil yang member I penjelasan ialah Saudara Mohd Maham Nasir, yusri Ahon dan sudin Mohidin.

Antara isu utama perbincangan tersebut ialah berkaitan dengan masalah pencerobohan tanah adat, status tanah Orang Asal, dan peranan JHEOA terhadap masyarakat Orang Asal. Menurut jurucakap EU selama ini mereka tidak mengetahui keadaan sebenar masyarakat Orang Asal. Mereka hanya mendapat maklumat daripada kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia mengatakan masyarakat Orang Asal terbela dan kebajikan mereka juga dijaga namun apabila mereka turun padang keadaannya sangat berubah. Kehidupan Orang Asal di Kuala Krau amat daif dan miskin berbeza dengan maklumat daripada pihak kerajaan.

Oleh kerana keseronokan mendapat layanan daripada penduduk kampong, rombongan kesatuan Eropah tersebut bersetuju untuk melawat kampong Berdut yang terletak di kawasan Perhilitan. Kawasan ini telah direzab sebagai Forest Game tanpa pengetahuan penduduk kampong pada tahun 1969. Tepat jam 3.30 petang saudara Shafie Dris AMT JOAS yang menjadi jurupandu mengetuai rombongan EU sampai di Kampung Berdut. Di Kampung itu juga disambut meriah dan sedia pelbagai juadah makanan tradisional Jahut dan buah-buahan tempat termasuk buah liar hutan.

Tepat jam 5 petang program berakhir, masing-masing beransur pulang. Wakil Kesatuan telah berjanji akan dating ke perkampungan Jahut setiap bulan. Mereka berjanji akan mengetengahkan isu masyarakat Orang Asal bukan sahaja kepada kerajaan Malaysia tetapi peringkat Antarabangsa. Mereka juga berharap kerajaan Malaysia mengikhtirafkan hak dan tanah adat masyarakat Orang Asal.

Monday, August 16, 2010

Kampung Kundang telah dimusnahi oleh Kapitalis


Sejak akhir-akhir ini masalah pencerobohan kampung-kampung oleh pihak yang tidakbertanggungjawab semakin menjadi-jadi. Setiap hari  jika dihitung ada sahaja pencerobohan yang berlaku sama ada oleh invidu atau pihak syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu. Masalah yang berlaku sebenarnya tidak diselesaikan oleh pihak pemerintah. Pihak kerajaan negeri hanya mengambil mudah hal tersebut.
Di Muazam Shah baru-baru ini terdapat pencerobohan di kampong Orang Asal Kampung Kundang oleh pihak individu dan pihak syarikat. Menurut, Rani A/L Hamid seorang penduduk kampong tersebut terdapat hampir hampir 200 ekar tanah adat kampong tersebut telah diambil oleh peniaga keturunan Cina. Tanah yang diambil itu telah ditanam dengan kelapa sawit semenjak tahun 2004 lagi.
Menurut beliau memang peniaga cina itu telah berkahwin dengan wanita tempatan namun janganlah mengambil kesempatan dengan mengambil seberapa banyak tanah adat mereka. Ini kerana sebahagian daripada tanah yang diambil tersebut merupakan dimiliki oleh penduduk kampong tersebut.
Belum selesai masalah yang pertama, timbul pula masalah yang lain dimana terdapat sebuah syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Menang Istimewa Sdn Bhd telah mengambil lebih 20 ekar tanah adat kampong adat itu untuk tanaman pokok Jarak. Pokok jarak digunakan untuk membuat diesel. Pelik juga kerana tanah itu diluluskan dengan menggunakan nama penduduk Kampong Kundang . Siapakah dalang disebalik itu?
Menurut Rani lagi perkara ini telah diketengahkan kepada JHEOA, PTG dan Pejabat Daerah namun sampai sekarang tiada tindakan yang positif yang telah diambil oleh pihak terbabit. Jawapan yang diberi ialah “tunggulah” “dalam proses”. Mereka telah lali mendengarnya dan kurang percaya lagi. Malahan wakil rakyat kawasan Datuk Maznah Mazlan telah tahu akan masalah mereka tetapi buat  tidak tahu sahaja. Maznah Mazlan berkata sukar menyelesaikan kerana melibatkan syarikat swasta. Tetapi siapakah yang memberi kelulusan kepada syarikat terbabit?
Lantaran terlalu kecewa dengan keadaan tersebut, Rani dan penduduk kampong tersebut telah membuat piket beramai-ramai menentang pencerobohan tersebut bari-baru ini. Mereka mendakwa inilah cara yang ada kerana tidak yakin dengan kerajaan pimpinan BN untuk menyelesaikan masalah mereka. Demi untuk mempertahankan tanah adat  mereka nanti, mereka bertekad untuk bersama PR untuk menggulingkan pemerintahan BN yang zalim.

Lagu Perjuangan Orang Asal


OLEH: JaringanOrangAsal Se-Malaysia.
Orang Asal ... oh-oh Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh Papa, aduh lah mama,
Hak Orang Asal, semakin ditindas. 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua,
wahai Orang Asal ) Mari berjuang, pertahan hak kita  2 X
Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal, Mengapa nangis,
matamu bengkak,
Aduh aru, aduhlah aki,
Adat kami kini hampir hilang. 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal) Mari berjuang, tahan adat kita 2 X

Friday, August 13, 2010

Iktiraf hak tanah, wilayah & sumber Orang Asli




 

Pada tahun 1994, perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan 9 Ogos setiap tahun sebagai Hari Orang Asal antarabangsa, bersempena dengan dekad Orang Asal antarabangsa yang pertama 1995-2004.

Ini salah satu pencapaian terbesar Orang Asal yang memperjuangkan pengikhtirafan identiti, jatidiri dan hak kolektif bersama di pelbagai peringkat

Satu lagi pencapaian besar bagi masyarakat Orang Asal sedunia dicapai apabila perhimpunan agung PBB meluluskan dan menerima Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) pada 13 September 2007.

PBB melalui program kerja dekad antarabangsa Orang Asal yang kedua (2005-2014) telah mensasarkan pelaksanaan deklarasi ini di semua negara melalui kerjasama semua pihak.

Malaysia bersama 143 buah negara lagi telah menyokong penerimaan Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) dalam Majilis Hak Asasi Manusia semasa perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007.

Deklarasi ini kini merupakan sebahagian daripada perundangan antarabangsa hak asasi manusia yang menggariskan piawaian minima bagi pengikhtirafan hak kolektif bersama Orang Asal yang perlu dituruti oleh kerajaan, agensi PBB, penyumbang dana dan pelaksana program berkaitan dengan Orang Asal.

Ini bermaksud, kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab secara moral dan politik untuk menuruti UNDRIP sebagai sebahagian daripada tanggungjawab bersama menghormati hak asasi manusia di pelbagai peringkat.

Untuk membina masyarakat yang pluralistik, berbilang kaum dan agama, masyarakat Orang Asal memainkan peranan penting dalam budaya dan tradisi yang dikekalkan sejak bergenerasi lamanya.

Pembangunan rakus

Adat yang diperturunkan dari orang tua diwarisi oleh golongan muda agar ia tidak lapuk ditelan zaman dan akan diteruskan sehingga ke generasi akan datang.

Budaya, tradisi, dan adat Orang Asal merupakan tunjang bagi identiti dan martabat Orang Asal, yang hidup bersama dalam perkongsian bersama hak kolektif Orang Asal di atas tanah, wilayah dan sumber asli komunitinya.

Masyarakat Orang Asal kini dieksploitasi. Mereka juga mengalami masalah rampasan tanah, wilayah dan sumber asli yang berterusan oleh pihak kerajaan dan syarikat swasta.

Penindasan budaya pula berlaku melalui pelan-pelan komersil, penafian Izin Makluman Awal, Bebas dan Telus (FPIC) ke atas perkara yang memberi kesan kepada Orang Asal. Ini termasuklah pembentukkan perundangan, polisi dan program tanpa melibatkan Orang Asal.

Ini menjadi lebih teruk lagi apabila pelan pembangunan yang rakus tanpa mengira piawaian mapan telah menceroboh ke kawasan Orang Asal.

Ia meninggalkan kesan-kesan buruk seperti pencemaran alam dan kehilangan sumber asli dan sekaligus melupuskan budaya dan tradisi Orang Asal yang telah diamalkan sejak generasi lamanya.

Pelan pembangunan tidak lestari/mapan - seperti pembalakkan tidak terkawal, perladangan sawit secara besar-besaran dan pembinaan empangan - sedang berleluasa dan semakin membinasakan alam sekitar dan sumber asli di hutan, sungai dan persisiran pantai.

Ini sekali gus memusnahkan amalam berterusan budaya dan tradisi Orang Asal yang hidup rapat dan bergantung kepada alam sekeliling.

Kekalkan identiti dan martabat
Situasi ini telah mengancam kehidupan dan kesinambungan masyarakat Orang Asal. Selagi pihak kerajaan menafikan pengikhtirafan Hak Orang Asal sebagai golongan masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri yang perlu hidup dengan hak kolektif bersama - terutamanya ke atas tanah, wilayah dan sumber - ketidakadilan sosial akan bertambah teruk.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab yang penting bagi pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap permintaan Orang Asal. Antaranya dengan mengadakan dialog mengenai pengiktirafan Orang Asal sebagai golongan yang mempunyai identiti tersendiri.

UNDRIP menyediakan satu rangka kerja bagi membina hubungan baik antara kerajaan dan Orang Asal ke arah menghormati dan mengamalkan hak Orang Asal.

Ia juga menyediakan langkah untuk mengatasi konflik kerajaan dan Orang Asal dengan cara yang aman dan damai. Adaptasi negara-negara di Asia terhadap UNDRIP sekarang harus dilihat secara positif agar diskriminasi yang berlaku dihentikan.

Apabila kita merayakan Perayaan Hari Orang Asal Sedunia, kita juga mesti mencari jalan agar hubungan yang terjalin lama dalam menuju kesedaran hak kolektif bersama Orang Asal akan menyumbang kepada keamanan, keadilan, kesamarataan dan pembangunan yang mapan untuk semua.Sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia, seruan kami kepada keluarga Orang Asal sedunia, mari kita bersama-sama kuatkan perjuangan, terutamanya sekali di peringkat komuniti.

Marilah kita memperkasakan lagi solidariti dan kerjasama di peringkat antarabangsa dan serantau. Marilah bersama-sama menuju aspirasi yang sama untuk mengekalkan identiti dan martabat kita sebagai masyarakat Orang Asal!



Disediakan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia pada 9 Ogos (semalam).

PKR: Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' BN





 
Masyarakat Orang Asli kini mempunyai lebih banyak kesedaran politik dan tidak lagi boleh dianggap sebagai pengundi setia kepada BN, kata timbalan pengerusi biro Orang Asal PKR Pahang, Bob Manolan.

Trend baru ini dikesan daripada perasaan tidak puas hati daripada golongan masyarakat itu, rentetan daripada cadangan kerajaan untuk meminda Akta Orang Asli (Akta 134), kata Bob.

"Melihat kepada senario semasa, memang Orang Asli ini masih (merupakan) fixed deposit kepada BN. Tapi senario ini sudah berubah di beberapa tempat.

"Contohnya di Pahang, kita ada biro hal ehwal Orang Asli (PKR),yang memang aktif di kalangan Orang Asli untuk menyedarkan kuasa politik mereka.

"Mungkin di pilihan raya umum ke-13 nanti akan ada peningkatan lebih mendadak (sokongan kepada Pakatan Rakyat) disebabkan senario semasa macam (dasar) pemberilikan tanah ini," kata Bob.

Bob menjelaskan, PKR melihat peluang berkenaan boleh diraih dalam keadaan semasa di mana kumpulan NGO mewakili masyarakat itu memfokuskan kepada isu-isu spesifik dalam masyarakat berkenaan.

"Kecenderungan politik mereka kurang (menyerlah) kerana NGO seperti (Persatuan Siswazah Orang Asli) PSOA lebih kepada isu pendidikan, (Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia) kepada kebajikan dan (Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia) kepada tanah dan perpaduan antara perkampungan Orang Asli," katanya lagi.

Setakat ini, POASM merupakan badan paling besar yang mewakili Orang Asli. Persatuan ini ditubuhkan sejak tahun 1976 dan kini mempunyai sebanyak kira-kira 26,000 ahli.

Seorang ahli majlis tertinggi POASM Yusri Ahon berkata cawangan-cawangan parti PKR kini giat ditubuhkan di perkampungan Orang Asli.

"Contohya di negeri pahang, kita lihat pada masa sekarang ini, tumbuh macam cendawan ranting-ranting PKR di kampung kampung masyarakat Orang Asli.

"Hampir setiap bulan mereka menubuhkan ranting, sebab mereka sedar jalan penyelesain yang paling akhir hanya dengan berpolitik," katanya.

Himpunan Orang Asal PKR Pahang Zon Tengah

 

Temerloh, 7hb Ogos 2010: Bertempat di Dewan Sekolah Al Mukmin, Temerloh, seramai 250 anggota masyarakat Orang Asal dari Kuala Krau, Temerloh, Jerantut dan Bera telah berhimpun bagi menyatakan keyakinan perjuangan mereka didalam satu himpunan yang dinamakan HIMPUNAN ORANG ASAL PARTI KEADILAN RAKYAT PAHANG zon tengah.

Mereka telah hadir seawal jam 8.30 pagi dengan memulakan pendaftaran kehadiran mereka dan menunggu ketibaan Dato Seri Wan Azizah binti Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat yang melakukan perasmian Himpunan itu pada jam 10.00 pagi.
Dato Seri Wan Azizah dan Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang, telah sampai ke Sekolah Al Mukmin jam 9.20 pagi dan bersama-sama dengan dengan orang-orang Asal yang hadir menjamu selera dengan hidangan nasi lemak dan kuih muih.
Turut hadir didalam Majlis Perasmian Himpunan Orang Asal tersebut adalah wakil-wakil dari Pakatan Rakyat Negeri Pahang, dari PAS yang diwakili oleh YB Syed Hamid, ADUN Kuala Semantan dan Ustaz Rahim Latif, Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh, dari DAP oleh YB Leong Ngah Ngah, ADUN Kawasan Triang, Pahang.
Dato Seri Wan Azizah telah dihadiah dan dipakaikan pakaian headgear oleh Pn Nyah Kasim dan diakhir majlis perasmian dihadiahkan dengan beranika jenis buah-buahan.
Presiden KEADILAN yang diiringi oleh Fakeah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor meninggalkan Majlis jam 11.00 pagi dan terus bertolak ke Gelang Patah, Johor untuk program Ceramah disana bersama-sama dengan Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.
3 buah kertas kerja telah dibentangkan didalam Himpunan Orang Asal Negeri Pahang Zon Tengah tersebut dan dibentangkan oleh Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang, Yusri Ahon, Timbalanan Pengerusi 2, Biro Orang Asal Negeri Pahang dan Tijah Yok Chopil, dari Persatuan Jaringan Kampong Orang Asal Semalaysia.
Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan 2 lagi Himpunan Orang Asal iaitu pada 26hb September, 2010 di Paya Besar untuk Zon Timur dan di Kuala Lipis untuk Zon Barat (tarikh akan ditetapkan kemudian).