Sunday, August 22, 2010

Perbaiki jalan kampung kami- Bakar bin Cham


Kuala Krau 23 Ogos 2010, masyarakat Jahut perkampungan Seboi disini meminta pihak kerajaan supaya jalan yang menghubung kampung tersebut  dari pekan Kuala Krau yang rosak teruk akibat projek pembalakan getah dan lori yang mengangkut kelapa sawit diperbaiki dengan segera. Menurut wakil penduduk kampong tersebut iaitu saudara Bakar Bin Cham keadaan jalan kampong mereka banyak lekuk, berlubang dan kadang-kadang banyak selut yang menutupi permukaan jalan kampung tersebut.
Menurut beliau lagi apabila tiba musim hujan keadaan lebih jalan kampung itu agak teruk. Keadaan tersebut agak menyukarkan penduduk kampung tersebut untuk memasarkan hasil pertanian mereka dan berhubung ke Kuala Krau untuk mendapatkan barang-barang keperluan mereka. Keadaan jalan yang teruk ini berterusan semenjak bulan Januari yang lalu. Masalah tersebut talah diadukan kepada wakil rakyat dan ahli parlimen Kuala Krau namun tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak terbabit.
Ada juga kontraktor yang ditugas untuk membaiki  jalan tersebut  namun bersikap sambil lewa hanya menurapkan jalan dengan menggunakan simen bukannya batu bertar. Penduduk kampung bertambah risau apabila simen yang diturap mula pecah dan jalan kampong bertambah tidak stabil serta tidak selamat untuk lori yang mengangkut murid-murid ke sekolah. Seorang lagi penduduk, saudara Samah Bin Atil menyatakan keadaan lori yang mengangkut murid-murid sekolah juga tidak selamat dan murid-murid berasak-asak didalamnya tanpa tempat duduk khas seperti bas sekolah biasa.
Bakar dan Samah bersetuju salah satu kenapa keciciran pelajar orang Asal tinggi kerana sistem pengangkutan dan ditambah dengan kenderaan yang mengangkut pelajat tidak memuaskan. Setiap kali hampirnya Pilihanraya pelbagai janji telah dibuat antaranya untuk menaikan taraf jalan kampung namun semuanya janji tinggal janji kerana masalah jalan masih belum selesai hingga kini. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan penduduk kampung semakin agak menyampah dan kurang percaya lagi terhadap kerajaan negeri Pahang. Mereka bertekad untuk menyokong PR untuk mencari perubahan dan mengecapi kemajuan yang adil kepada masyarakat Orang Asal di Malaysia.

No comments:

Post a Comment