Friday, August 27, 2010

Pendekatan Pembangunan Alam Sekitar 2



3.1 Teori Modenisasi
Setuju atau tidak teori pergantungan adalah tidak sesuai untuk menggambarkan pembangunan ekonomi      Negara Sedang Membangun (NIC). NIC sebenarnya masih lagi perlu bergantung pembangunan ekonomi dengan negara lain terutamanya negara barat. Pendapat ini bukan menyetujui pendekatan teori modenisasi tetapi setiap negara perlu mengawal sumber ekonomi dan mengawal pembangunan pembangunan ekonomi mereka (Government control in econimic).
Teori ini dikemukan oleh McLelland, seorang ahli psikologi yang mengemukan Teori Modenisasi berdasarkan idea yang diasaskan oleh Max Webber. Berdasarkan Teori Interaksi yang dikemukan oleh Webber tentang hubungan dan perkaitan nilai agama Protestant dengan idea kapitalisme. McLelland berpendapat bahawa individu atau masyarakat mestilah memerlukan kemampuan yang tinggi untuk mencapai objektif tertentu (need for achievement). Dalam konteks NIC pula, setiap negara memerlukan tingkat kemampuan yang tinggi untuk mencapai matlamat negara maju yang setanding dengan negara blok Barat. Begitu juga Malaysia perlu ada kemampuan yang mapan untuk mencapai matlamat wawasan 2020 negara maju. Idea ini dicetuskan oleh Tun Mahathir Mohamad yang ingin melihat Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai impian ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Dasar yang pertama yang dikemukan oleh kerajaan Malaysia ialah Dasar Perindustrian Negara. Tun Mahathir dan Tun Abdul Razak cuba mengaplikasikan teori McLelled dalam kontek perindustian yang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, Tun Mahathir juga membuat kombinasi dengan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini langkah berani yang dikemukan oleh beliau kerana selama itu Malaysia dibawah payungan ekonomi Barat. Langkah cuba meleraikan pergantungan ekonomi pada negara Barat. Pemikiran Tun Mahathir adalah untuk mencapai negara peridustrian berdasarkan kemampuan sendiri berdasarkan acuan Malaysia sendiri.
Kemampuan sendiri yang dimaksudkan itu adalah mempunyai bahan mentah yang cukup dan juga kepakaran tempatan yang ramai. Cuma kelemahan Malaysia adalah kekurangan modal dan teknologi yang tinggi. Oleh sebab itu, Malaysia memerlukan Dasar Pandang ke Timur. Antara kronologi dasar ini ialah kerjasama perdagangan dan perindustrian dengan negara Jepun dan Korea selatan. Misalnya kerjasama dengan Jepun telah melahirkan “Projek Proton” (Perusahaan Otomobil Nasional) pada 7 Mei 1983. Projek ini adalah satu usahasama antara syarikat Jepun (Mitsubishi Motors Coporation) dengan syarikat Malaysia iaitu Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) dalam mengeluarkan kereta nasional pertama Malaysia. Kereta nasional pertama negara ini juga dikenali sebagai Proton Saga. Pengeluaran kereta proton Saga ini bermulanya satu era perindustrian di Malaysia. Walaupun idea bernas Tun Mahathir pada mulanya mendapat kritikan daripada rakyat pelbagai peringkat namun ia dapat mengubah pandangan tersebut apabila pengeluaran pertama Proton mendapat sambutan daripada rakyat. Pada 1 September 1985, Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON) melancarkan pemasaran pertama Proton. Permintaan terhadap Proton mendapat sambutan iaitu sebanyak 10 000 pada tahun 1986.
     Bukan sahaja aspek meningkatkan kemampuan bahan mentah tetapi juga tertumpu kepada perubahan faktor budaya yang merangkumi nilai, sikap dan etika yang perlu ada pada masyarakat dan kerajaan untuk membangun sesebuah negara. Dalam hal ini Malaysia boleh mempelajari kaedah perindustrian negara Jepun tanpa bergantung kepada kaedah Barat yang lebih berbentuk kapitalisme. Malaysia perlu menggunan kaedah perindustrian yang berbentuk post-fordisme yang mempunyai pengaruh Japanisation dan Toyotaism dalam konteks pembangunan ekonomi Malaysia. Kaedah ini lebih kepada pengurusan Just In Time (JIT) mengutamakan hubungan rapat antara pekerja dan majikan. 
* telah diubahsuaikan daripada kertas kerja saya Pembangunan Alam sekitar, Ums, 2009.

No comments:

Post a Comment